ETIKA PELANGGAN

1.Sebelum masuk ke premis,WAJIB membuka kasut/selipar/terompah DLL .


2.Memberi salam jika ORANG ISLAM .

3.Memastikan kain yang dibawa cukup untuk jahitan.Segelintir pelanggan membawa kain berukuran 4 meter namun ukuran sebenar sesuai dengan pelanggan tersebut ialah 4 1/2 meter.Apabila kain tidak cukup ,kualiti jahitan dan saiz sebenar akan terjejas.

4.Sekiranya membawa baju contoh,pastikan ukuran baju contoh mengikut saiz badan terkini,bukan berbeza dengan ukuran tubuh badan.

5.Membayar 50 % jumlah bayaran upah jahit dan bakinya setelah pakaian siap diambil. Sila simpan resit sebagai bukti .

6.Kain pasang yang terpisah dua meter baju dan dua meter kain kadangkala tidak boleh dijahit kerana ianya tidak cukup bagi sesetengah pelanggan.Belilah kain mengikut ukuran saiz anda .

7.Kebanyakan kain 4 meter yang dibeli kadangkala sebenarnya tidak cukup genap 4 meter.Ukur sebaiknya kain tersebut.

8.Jika membeli kain secara online,pastikan kain tersebut genap untuk ukuran saiz badan anda.

9.Beritahu kami tarikh ingin diambil pakaian yang diupah jahit sama ada ingin cepat dan sebagainya.


10.Kebiasaannya 1 Rejab setiap tahun TARIKH TUTUP untuk tempahan jahitan pakaian RAYA AIDIL FITRI.Pastikan kain dihantar lebih awal.

11.Jika jahitan kami tidak memuaskan hati dan perasaan ,BERITAHU KAMI .Kami akan membaikinya PERCUMA.Elakkan menularkannya.


12.Kepuasan pelanggan adalah MATLAMAT kami .Sebarang kelemahan dan kesilapan akan diperbaiki dan bantulah kami memberikan khidmat cemerlang dengan memberitahu kami apa sahaja kesilapan dan kelemahan.Kami akan memperbaikinya dari masa ke semasa.


13.Kami sentiasa BERTERIMA KASIH kepada pelanggan yang memperkenalkan pelanggan baru kepada kami .Semoga Tuhan murahkan rezeki dan panjangkan usia dan berikan kesihatan baik kepada mereka yang mempromosi perniagaan kami.


14.Anda adalah sahabat dan pelanggan kami selamanya.Jadilah pelanggan pertama dan selamanya .

15.Beritahu kami melalui SMS,Whatsapp apa sahaja kekurangan dan kelemahan agar kami berjaya memperbaikinya .Kami sentiasa terbuka menerima sebarang teguran,kritikan dan nasihat dari pelanggan.

16.Anda adalah keluarga kami selamanya.Terima kasih kerana mendapatkan perkhidmatan dari syarikat kami.Tanpa kalian,siapalah kami…….