TESTIMONIAL

“Saya pelanggan setia Aisah sejak 2012.Walaupun berpindah ke Segamat ,saya masih mendapatkan khidmatnya”

CIKGU SARAH,JOHOR

“Walaupun Aisah berpindah ke Melaka,saya masih menghantar kain untuk dijahit kerana kualiti dan kesesuaian air tangannya”
-MAKCIK ROHANA,FELDA JELAI.

“Saya ada majlis rasmi dan menghantar kain untuk dijahit Aisah.Esoknya saya dihubungi Aisah dan baju kurung telah siap dan berjaya hadir dengan pakaian rasmi majlis.Aisah tidak pernah merungut dan mengeluh dan terima kasih Aisah kerana cepat menyiapkan baju rasmi majlis saya.”
-KAK NOR,JURU RAWAT

“Saya menghantar kain untuk dijahit Aisah pertama kali dan jahitannya amat berkualiti dan saya mengajak kawan-kawan mendapatkan perkhidmatan Aisah.”
-USTAZAH AIN ,SKTBR MELAKA

“Pakaian saya telah dijahit salah oleh tukang jahit lain dan saya menghantar kepada Aisah untuk dibaiki.Ternyata jahitannya kemas dan pakaian saya yang dibaiki cantik dan boleh dipakai .Kini saya pelanggan setia Aisah”
– KAK LINDA,Pesara.

“Saya adalah ibu kepada 5 orang anak dan suami kehilangan kerja.Saya membantu Aisah melakukan kerja sembat baju kurung dan terima kasih Aisah memberikan pendapatan RM600 sebulan”
-KAK MIN,FELDA PASIR BESAR

“Saya mendapat pendapatan RM800 sebulan dari Aisah dengan membantunya menggosok pakaian yang ditempah PELANGGAN.Kami suami isteri berterima kasih kepada Kak Aisah yang banyak membantu famili kami.”

ZUL DAN ISTERI

“Saya membeli jubah dari sebuah butik dan terlalu labuh.Pada 1 Syawal saya menghubungi Aisah untuk memotong labuh jubah dan Aisah membuka premis demi memotong labuh jubah saya dan berjaya memakainya pada pagi Syawal.Kali pertama bertemu tukang jahit yang tidak pernah mengeluh walaupun diminta bantuannya pada pagi Raya di mana ianya hari sibuk kepada seorang isteri menyiapkan juadah buat famili tercinta”

-USTAZAH JAMILAH